Saturday, November 07, 2009

Trip to Langkawi


































Tolak tepi salah faham, perbezaan pendapat, gaduh2 manja, I really had fun on our 3 days 2 night's trip. Thanks for the sweet memories siblings. xoxo

Wednesday, November 04, 2009

Sidang Konvokesyen Ke 71


























We learned, we laughed and we cried.
We had fun, we had joy.
And I am proud to say that finally, we have officially graduated in Bachelor in Business Administration with Major in Finance. Congratulations brothers and sisters! xoxo

Thursday, October 22, 2009

Jiwa Kacau

There is a time yang you akan rasa jiwa kacau. Serba tak kena rasanya hidup ni. Masa tu mula la teraba raba. Terfikir fikir apa yang tak kena dengan diri sendiri. Paling teruk bila masa tu perasaan cepat terasa kepada sesuatu menular dalam diri. Even pada benda yang sekecil kecil kuman. Yang remeh temeh.


Sentapan tu akan mudah berlaku bila seseorang atau sesuatu membuat sesuatu yang boleh berdesing la jugak telinga mendengar. Ntah kenapa. Tak paham jugak aku pada diri sendiri. Semuanya tak kena. Semuannya cukup mengguris hati. Masa ni air mata sangat murah. Senang sekali terkeluar dari biji mata nih. Walaupun sekadar kawan tak dapat temankan cari kasut. Eventually its become bigger when you nak dia jadi part of the celebration. Kasut konvo la konon konon. Sekali tiada seorang pun besties yang available. Im not blaming anyone. Tapi ntah. Hampir jugak aku menitiskan air mata tadi di sekolah hanya kerana kawan tak dapat teman aku.


Salah aku jugak. 1/2 of my decision dalam hidup ni terletak pada kawan kawan. Well tipu la terletak pada mereka. Tapi aku yang let it be like that. Aku nak mereka jadi part of any decision in my life walaupun decision warna apa bra yang patut aku beli bulan ni. Irresponsible me. Letting people decide for me.


But that is not the point. The point is, kenapa aku selalu memerlukan a shoulder to cry on? Currently I realized that people are busy mengejar cita cita, membina kerjaya, memburu impian. Averagely, we are 24 years old this year. The perfect time mencari kerjaya yang stabil untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Tapi di mana aku? Aku pun tak pasti. Apa sebenarnya aku nak dalam hidup ni? Sejujurnya, aku takut nak fikir tu semua. Serious takut. I should start learning berdiri di atas kaki sendiri. People are moving forward. Dan mereka akan pause sekejap jika berasa lelah. Aku ni belum apa apa dah pause.


Sekarang baru aku setuju yang manusia ni memang akan senantiasa mengambil kesempatan di atas satu sama lain sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. And people akan sanjung kalau kita ada something that they dont have it. Percayalah. Apa yang aku merepek ni pun aku dah pasti. Yang pasti aku rindu mereka. Ye mereka. They are moving forward. Friendship forever tu dah tak berapa nak boleh pakai. I used to rule the world. I mean dulu dulu opinions yang I beri selalu akan dipertimbangkan. Tapi sekarang aku dah jadi minoriti. Segala opinions di tolak bulat bulat. Tanpa pertimbangan emosi atau secara logik.


Wake up Nazla! jangan asyik jaga hati orang. sebab tiada siapa yang peduli hati kau. Im stuck menjaga hati. Sungguh jiwa kacau. *sigh*

Friday, October 16, 2009

Suka atau Jatuh Cinta

Apa perbezaan suka seseorang atau jatuh cinta pada seseorang? Honestly, aku bingung. Secara terangan kawan-kawan dah boleh buat kenyataan "obvious sangat u suka dia ela" Ye btol aku suka dia. Tapi tahap mana aku tak pasti. Aku takde jawapan untuk persoalan itu. Tapi yang pasti sebaik saja dia mengaku dia dah ada teman istimewa, aku jadi pusing. aku kecewa. Tapi kenapa ya?


Harap-harap ini hanya untuk sementara. Sesungguhnya polisi tetap polisi. There are rules and conditions yang aku guna dari dulu sampai sekarang. Tak mahu korbankan rules tu.

Tuesday, October 13, 2009

Sakit Marathon

Hah. Korang pun might menyampah baca blog ini seketika. Tapi percayalah cakap aku, AKU SAKIT LAGI! Alhamdulillah perut is better. Takla 100% sihat. tapi ada la progressnya.


Tapi skang aku dilanda selesema, batuk dan pening. HADOI! Letih2. *sigh*

Wednesday, October 07, 2009

Masih Sakit...

Been seminggu lebih i dilanda cirit birit. Asal makan je, cirit birit. Even makan sikit. been to a clinic twice. dedua kata i salah makan. takkan la dah nak 2 minggu cirit birit sebab salah makan?


been thinking nak g satu lg clinic and ask for fully check then kalo ade pape sila buat surat refer ke specialist memana spital. serious makan pun tak bole, nak g mana2 pun takleh makan. sbb if makan je confirm sakit perut.


And bila dah sakit perut, dia mcm tanak benti. every 5 minutes mesti nak g toilet. Im pissed off.


dah tak tahan ;(






p/s harap2 tade pape. Ameen.

Wednesday, September 30, 2009

Sick of Sick

Been sick for 6 days in a row. Sakit yang macam ade package sbb bagaikan ikot giliran sakit tu datang. Dimulakan dengan badan yg kadang2 sejuk pastu kadang2 panas sampai berpeluh peluh. Diikuti dengan muntah2 yang memenatkan. Serious! Penat! At that time, Im craving for an ice cream sebab tekak payau. I did had couple of panadol and obviously tak berkesan.


Dalam masa muntah2 tu, badan sengal2 jadinya. Cepat letih dan mudah mengantuk. Tapi yang peliknya I never ever tidur dalam bilik sendiri. I rather nak tidur kat living roOm or my parents' room. I felt like bilik i tu panas gila!


Abang suggested i pegi clinic. U know skang banyak sangat sakit2 yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Belum sempat i nak pegi jumpa the doc, I diserang cirit birit pulak on Sunday. Bukan tahap sikit2 ye. Every 5 minutes nak ke toilet. End up i lapa, penat muntah, penat kuar masuk toilet. Mommy pulak syak benda2 lain.


Went to the doctor on Monday and the doc claimed that "Awak tak demam. Mungkin panas badan. Muntah2 tu mungkin sbb awak salah makan." WHAT??! lama nye dia nye effect kan. Doesnt make sense at all. The doc gave me ubat cirit birit and air garam. Tgh hari tu jugak I balik kampung since mak rasa i ditegur benda2 halus. Fyi, Friday nite tu tayar kete i pecah depan umah orang. And they did have mcm tokong agak besar with red langsir some more. I did ckp dgn tuan rumah nak tumpang tukar tayar but her dog tak reti senyap and i dengan nada gurau kata "diam la anjing. bising!"


Ada point juga kan? So balik kampung jumpa org2 yg sepatutnya and dia bagi i air sebotol utk minum and disapukan kunyit idop pada muka dan badan i. Then dia suh i makan sirih and sapukan pada badan. And dia suh i renjis kan air tu pada bilik i takot benda tu ikot i balik umah. Told ya banyak sakit kan?


Dalam masa yang sama cirit birit tu tak gak hilang. I jadi pelik! I did had doc's meds and chick kit tek aun pills tapi tak gak elok sampai la Selasa i had 2nd day MC again. I cried out loud. Merengek pada mak, merengek pada abah. Merengek pada abang. Tu je yang mampu i buat. I did rengek pd besties and kak nurul. I felt useless and tired. seriously im tired and frust.


Today i feel better. But i dont even eat before pegi sekolah. Hungry to death! Hanya kerana perasaan takot nnt sakit perut lagi. I just had 2 teh ais. Kesian Ida. I thought of belanja dia minum teh ais satgi i pau dia balik. Balik rumah i rasa tade energy at all even I freaked out masa rasa gegaran di sekolah. Abad did Nasi goreng and ayam goreng for us. I ate dengan penuh selera.


Cerita tak abes hokay. lepas makan i rasa perut sebu. susah nak sendawa. I dengan bijak pandai bagai cendiakawan dengan selamba minum coke. Elok2 nak sendawa terus muntah bagai nak rak. dari living roOm sampai la ke dapur. Cried again. Semua makanan dah kuar. Im hungry tapi i takot nak makan. Abah bought me roti telur. Tapi i tanak makan. Honestly, Im tired being sick. Abah pun tak berapa sihat. Mak too. And currently i rasa sakit di bahagian belakang badan belah kiri. i kenot even bongkok. See?? Now could u imagine how sick am i with the sickness?






Alhamdulillah daku masih bernyawa hingga ketika ini. Jujur aku katakan ia mengingatkan aku tentang mati, tentang dosa dan pahala.

Wednesday, September 16, 2009

Expression

Ok, let us get straight. Aku bukan seorang yang pandai bermadah, aku bukan jugak org yang pandai menyusun ayat2 yang setanding novel atau mana2 luahan penyajak yang cuba menyampaikan motif2 tertentu. Ini sekadar ekspresi perasaan tuan tanah blog ni untuk di kongsi bersama yang masih berminat nak baca. Jika anda rasa ragu2, sila jangan tambah lagi keraguan anda. Anda boleh saje terus ke button X yang berwarna merah di hujung, kanan anda yg berada diatas tu. (you know what i mean kan?)



Raya dah nak dekat. Mcm mana dgn persiapan korang semua? aku tade la meriah sangat. umur dah 24, dah bekerja. tapi faktor2 tu tak menghalang aku bermain bunga api bersama anak jiran sebelah yang berumur 3 tahun. haha. Sebut plak pasal kerja, terus aku berapi dengan kerani sekolah yang masih tak setelkan gaji aku. kire mcm 2 bulan ni aku masih bekerja membuat amal jariah ye kwn2. asal aku tny kerani tu bila nak siap? dia jwb "kalau ade rezeki awk, cpat la awk dpt". Dah kalo ko tak buat, cmne rezeki nak dtg? bole golek2 je ke rezeki tu dtg??


Beberapa hari ni jugak tuan tanah mengalami perasaan mudah sentap, mudah menyampah dan mudah marah. Banyak gila aku luahkan pada si Nad dan Syidah. (thanks korang. xoxo) Kenapa aku mudah sentap ek? ala sape yg slalu baca blog ni, dah tau pun mmg dah jenis aku cmni. jgn cuba cari pasal dgn aku. Sbb aku ada banyak lagi benda yang penting perlu aku pk dari benda remeh temeh.


Satu hal lagi ialah memuaskan hati orang lain. Semua org tau kite takleh puaskan ati semua org. tapi nape kite tehegeh gak nak puaskan ati org ek? Kite akan disanjung ke pastu? Do people care? Well, aku seboleh boleh puaskan hati orang, especially my family and my besties. Sumpah aku sayang mereka! Sbb so far, they are the most caring and understanding people i ever met! Standard la bila mak marah kenapa balik lewat, takpun mak call tny tak reti balik umah ke? Selagi aku duduk dengan mereka, aku dibawah tanggungan mereka, AKU HARUS dengar kata mereka kan? even ada kala terbabas juga. hiks


I am a complicated woman who is trying to live in a simple life. I wish i could tapi dalam pada tu, aku nak cuba semua benda (tak termasuk yg ada kena mengena dgn ketinggian dan air haha) Bak conversation aku dgn Nad, Life is too short. Tapi kan, kadang2 bila dah terkinja kinja nak cuba semua benda, aku jd lupa diri. Fyi, aku punya rules and regulations dalam kehidupan seharian. Tak kisah la org nak kata aku skema ke, poyo ke atau terlampau ikot rules ke. Tapi as far as i know, skang aku dah tersasar jauh! Bila dah tersasar, tu jadi nye semua benda nak buat dalam masa yang sama. Then badan takleh terima, aku jadi letih. Bila aku letih atau jiwa kacau dan ade plak org terkinja kinja meraih perhatian atau sekadar menempel dlm idop aku, aku jd marah! ntah kenapa. Maap la pada yg terasa.


Seriously, aku memerlukan sesi kaunseling bersama my besties. Help! Whats wrong with me? And to Nad, if youre reading this, aku rasa aku nak kembali back on track mcm dulu2 la. u know what i mean kan? Living in a simple life. Tapi tak ke nnt tak cool? orang lain dah ke bulan, aku terhegeh blajar ikat tali kasot. Pening2.


Sekian. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.






p/s Gamba2 ni diambil ketika sesi berbuka puasa dengan classmate UiTM last Saturday. Nama geng ni is Geng Bus Sekolah. haha

Friday, August 28, 2009

Bila Orang Bagi Makan...

Hello guys. Been a while tak post pape entry. Masih sempat lagi i nak wish Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam yang membaca blog yang best lagi cool ni *pendapat tuan tanah ye*


Fyi, skang tgh cuti sekolah kan? so tuan tanah dgn rasa bangga nak bitau yang tuan tanah juga tak keje for a week. Tuan tanah jugak amik kesempatan memenuhi invitation berbuka puasa dari a good friend of mine, well sisters actually. i dah anggap diorang mcm my sisters.


I had fun during the makan2 session. Kenal dengan kawan2 baru. Well biasa la, bila berkenalan dgn org2 baru ni semua tak caya profession tuan tanah. jangan kata org lain, tuan tanah pun masih tak caya dah sebulan bergelar pendidik. *winks* Anyway, mari layan gamba2 ini.






I really2 love both above pictures. sangat menarik. thanks to the photographer, Lisa Edora. Yang berbaju kurung hitam digamba bawah ni ye.


















Lepas sesi bukak pose, sempat lagi sesi minum2 di Darussalam kat SS15. Time ni klaka bila one of them abeskan roti bom tuan tanah. slamber? takpe la. kata nak kawan kan. sharing is caring.






Dalam masa yang sama, 3 hari berturut turut keluar melepak bersama Nadia, Hafiz, Syed, Karnain dan Erwan. Syed baru je balik semula ke Ukraine last Wednesday. We gonna miss u Syed. jangan lupa pinang aku okeh!




Bagaimana hari2 anda pula?

Monday, August 17, 2009

Tak Terduga Sudah

Minggu ni dah masuk minggu ke empat aku jd seorang cikgu di sebuah sekolah yang penuh nostalgia kenangan lama tapi agak menyakitkan hati. Hari ni saat melangkah kaki ke sekolah, aku rasa lain macam. JIWA KACAU! kalau bole nak chat ym je diam2, nak on fb diam2 and komen2 status org dgn geng gottagetget so IM SURE I WILL RASA SENANG HATI.


Siap dah mengadu dgn geng gottagetget yang hati ku kacau arini. tp ku gagahkan juga masuk kelas 2K5. Mengajar seperti biasa. Mereka sangatlah HYPERACTIVE. Ada yang banyak cakap, banyak jalan2, dan ada jugak yang banyak menipu!


Tapi hari ni aku dah takleh sabar dgn perangai yg SANGAT KURANG AJAR dan BIADAP sesetengah murid2 dlm kelas tu. NOT ALL ok. 3/4 of the class sangat la MACAM LAHANAD! Provokasi yang diorang tunjukkan tu membuatkan rasa marah meluap luap sampai aku rasa dah kena rasuk syaitan. Ikutkan hati, ikutkan perasaan mahu lunyai budak2 tu aku kerjakan. Well, if tak dpt physically, aku bole je guna mulut. Macam dulu2 bila gaduh dgn adik beradik. YES, aku mmg terkenal dgn CURSING. so PLEASE BEHAVE YOURSELF.


Rasa nya sampai nak menitiskan air mata bila diorang tak respect and tak takut pun pada cikgu yang ada depan kelas. Seluruh anggota badan ni menggigil menahan marah yang teramat. Jerit pekik cikgu ni diorang rasa mcm kemenangan pada diorang. TIADA LAGI istilah RESPECT YOUR TEACHER LIKE YOU RESPECT YOUR PARENTS.


And paling aku regret arini bila perkataan BODOH terkeluar dari mulut aku harini. Kalo bagi org yang mengenali aku, mesti sedia maklum betapa mudahnya aku nak curse other people. Tapi aku sedaya upaya control habit ni bila kat sekolah. Even kalau aku dgr student ckp bodoh, aku marah kan dia. Tapi arini terkuar jugak perkataan bodoh pd students. I really regret on that! Bukan apa, bila dah mula ckp bodoh, esok lusa perkataan apa pulak kuar dari mulut aku?




Honestly, kalau ada offer kerja yang better dan sesuai utk aku, aku takkan pilih option menjadi CIKGU. Tak pnah terlintas dan TAK PNAH MAHU menjadi cikgu. Sebab aku bukan org yg ada tahap kesabaran yang tinggi. Aku sangatlah pemarah, pendendam dan bermulut agak kurang ajar! Kesian pada budak2 yang mahu belajar. terbabit sama kena marah. I hate this part. when aku diduga sebegini rupa!

Thursday, August 13, 2009

How Lucky Are We?

Have u ever heard of Tourette Syndrome? Basically, Tourette syndrome is a condition that affects a person's central nervous system and causes tics. Tics are unwanted twitches, movements, or sounds that people make. To have Tourette syndrome, a person must have two tics that affect body movement and one that is a sound.


Well, this syndrome bukanlah one kind of decease or what not, ia seperti salah satu extra behaviour yang ada pada seseorang. Tak boleh di control dan lebih cuak/cemas seseorang yg ada tourette syndrome lebih kuat la bunyi2 yang bakal dihasilkan.


Korang paham ke? Ala dia mcm sedu. kita tak dpt control sedu kan? mcm tu la bunyi nya tapi kadang2 sampai tahap yg annoyed juga la. Tapi bila pk balik, mcm la org tu nak sgt ade syndrome ni.


Used to watch satu movie yg bercerita pasal a boy yg ade tourette syndrome berjaya jadi cikgu walaupun dengan kelemahan yang ada. bayangkan benda ni tak leh control, people will get annoyed easily. nak amik exam pun kesian pada org dekat2 sbb terganggu.


Beruntung nya saya hidup sihat, normal mcm org lain. I ada sorang student i yg ada syndrome ni. KESIAN! he cant even write or read dgn betul sbb benda tu keep happening. Bayangkan dalam ujian, murid2 lain annoyed dgn dia sbb dia mengeluarkan bunyi2 yg agak menganggu org lain. And bayangkan jugak betapa susahnya dia nak focus utk baca even satu perenggan ayat.


Skang, i bertekad utk cuba menjadi cikgu yang baik dan memahami anak-anak murid. For this special boy, dont worry uve got my attention.xoxo




Sekian ucapan patriotik kite pada malam ini.

Thursday, August 06, 2009

Malu Gila

Hello everyone. Meh nak citer satu incident berlaku 2-3 hari ni. Dimulakan dgn asal usul 5 jejaka. Few months ago, ada 5 jejaka pindah dan menyewa selang 2 pintu dari rumah saya. Abah saya yg lagaknya macam ketua kampung, pergi la berkenalan dengan mereka. Ye la, kena la kenal jiran tetangga kan? ha kalau korang nak tau 5 malay guys ni ada 5 motor and 5 kereta. Dah mcm kenduri plak kalo sume parking kete depan umah. hiks


Rupa2 nya turn out 5 jejaka ni are bachelor teachers. Menurut kata Abah diorang mengajar di sebuah sekolah di area rumah kami ni. (kat sini ade 2 skola and they are working in sekolah A). Fyi, saya tak pernah bertegur sapa dengan mereka. Kang bile senyum kata nak menggatal pulak kan. So selagi bole tanak terserempak sbb ade yg ngajar pagi ada yg petang.


Korang pun tau skang saya dah jadi kat sekolah R which is nearby our houses too. As usual, saya kua umah around 1245pm. So semalam start kete, panaskan engine then ternampak la one of cikgu kuar dr umah and start the moto. "oh nak g skola cikgu tu" kata saya dlm hati.


I pun terus drive ke sekolah and turn out dia pun masuk simpang yg sama and park his bike btol2 tepi i park my car. I tekejut! lagi terkejut bila dia bukak helmet and found out he is Cikgu A!!!!! (maap takleh la bitau nama dia) OMG! seminggu ni dia tak pnah tegur i. and turn out dia jiran saya? hadoi!


So hari ni im trying to be nice. senyum 2-3 kali bila terserempak. dia buat bodo je okeh. mcm la saya ni kecik bebenor sampai dia tak nampak kan? so give up. skali masa cikgu2 melepak sementara nak tunggu 640, cikgu2 sibuk nyanyi lagu rihanna umbrella dgn tujuan mengejek saya la kan. sekali dgr satu cikgu ni jerit "weh ella, ko duduk dkat dgn umah si A ye?!" Terkujat lagi saya. saya pandang si Cikgu A, tp dia wat tatau je. "sape ckp?" saya bertanya. cikgu tu pun jawab "si A la cakap nih"


SIOT! dia sedar rupanya kewujudan saya, saya sbg jiran, sbg teman sekerja bagai. tp bila saya senyum pasal tamau senyum balik? hello encik A, sedekah sket senyuman boleh? Saya dah relief kelas2 awak last week tau. awak sibuk g kursus, saya jaga kelas awak tau!


tatau nak komen apa. malu ada, segan ade. ye la, dia bukan kenal i as Teacher Nazla, tp kenal as jiran. saya pakai apa, kua kul bape, balik bile, forsure dia tau kan? haha kantoi la cikgu nazla idok la rupa cikgu bebenor kalo kat luo. haha






kalau Cikgu A baca ni, senyum la sikit pasni ;D

Sunday, August 02, 2009

5th Day Working

Hey guys! Hows ur weekend so far? Mine? So-so. Ada yang best, ada yang tak best. Tapi kan nak share something dgn korang.


Jumaat haritu I kene jaga satu kelas ni. Peralihan 1. Dlm tu semua student2 form 1 yang failed BM masa UPSR dulu. Oleh kerana cikgu diorang tak dtg, i kena la relief (kata pun budak baru masuk keje hiks).




So I checked la kat peta given by one of teacher kat sini. Sekali tgk, rupanya kelas P1 ni dulu kelas waktu i form 4. We used to call that area "New Zealand" due to environment. Dah la kelas papan je, pastu ade pokok besar dan rendang. Pastu ada tangki air which was tempat kami melepak dulu2.




Banyak gila kenangan kat sini. Lepak makan ice cream after waktu rehat kat bawah pokok. Bila waktu gap antara subject je lepak kat tepi tangki. Main kejar kawan sambil bawak penyapu, kacau kawan2 kat kelas papan lain or even cabut lari dari skola sebab blakang kelas papan ada pagar yg roboh. haha




Korang tanak caya ke? Pasal lepak kat sini la kami sume even pengawas kena tolak markah penalti. Sebab melepak di tangki. elehh mcm la kami nak mandi dlm tangki ni kan? ingat jugak kat tangki ni la one of our friend slalu jd mangsa sorang lg kwn yg berlagak mcm The Rock dlm WWF. haha comel! teringat gak sorang kawan buat aksi yg agak merbahaya kat sini.


Tak caya jugak? Ha kejap ye.




Tadaaa!! tgh ni Lobo buat aksi. Ada banyak lagi gamba kami kat tangki ni. tapi, tak berscan. nnt la i cuba scan gamba then i will post kat sini.


Rindu nye zaman sekolah *sigh*

Wednesday, July 29, 2009

rimas.lemas.

after 2 days in school, sehari di sesi pagi, sehari di sesi petang, aku masih tak sure apa aku buat ni. some says u deserve better. Tapi apa yang sbenanye better for me? or apa yg the best for me? so people will answer "u ask urself, apa u nak sbenanye".

Masalah skang aku pun tak sure apa aku nak! tgk pada kawan2 yg dah lama nganggur and menerima je tawaran menjadi cikgu kerana tu je yg ada depan mata sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan aku utk mencuba.

Aku sedar aku ada 2 masalah besar. Pertama, aku selalu rasa was2, tak yakin dan tak confident pada diri sendiri. Kedua plak kalo aku nak buat satu benda, aku nak berkawan. kire nnt ilang la sket rasa tak yakin tu. skang kwn2 lain dpt sesi pagi. aku terkontang kanting sesi ptg sorang2.

Masuk sesi ptg, penyelia ptg tanak bg aku ganti2 cekgu tak dtg ni. dia nak buatkan jadual aku. tapi so far smalam keje aku duduk je dlm bilik guru. got nothing to do. mcm org gila. naseb ade mp3player. Tapi aku tgk ade gak cekgu2 bawak laptop pastu bukak facebook bagai. aku nak bwk, tp kang nampak poyo. tak sampai seminggu dah bawak laptop bagai.

Sudahnya, thanks to satu cekgu laki ni, sbb dia ade hal dgn PPD, dia suh tgk kan kelas dia. ha at least ade gak benda nak buat dari aku asyik berfikir bukan2. jaga kelas belakang2 bukan nye mudah, tp aku cube jd kawan2 diorang dgn harapan diorang respect la pada aku kan.

Ntah la, skang aku masih tak sure dgn apa aku buat. ade kata bg masa 2 minggu cuba. ikutkan hati skang jugak nak blah. terasa dunia mengajar ni bukan minat aku. tak pnah terlintas nak jd cekgu. apatah lg kat skola sendiri!

Monday, July 27, 2009

Macam Tak Percaya Je...

Hello uols. How r u? How was ur weekend? how about ur Monday? Moga2 semua yang kita buat diberkati hendaknya. Ameen!


Hari ni kan hari pertama i kerja setelah 3 bulan menjadi penganggur terhebat. Ye kawan2, saya dah melaporkan diri ke satu sekolah which was my previous school hiks. Pada yang kurang paham, dipendekkan cerita saya sudah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah tersebut.


Nothing much happened on my first day at school. of course la cikgu2 sana ada yang gelak2, ada yang bangga, ada juga yg mcm tak percaya i pun jadi cikgu. ye la, dulu pun i ni one of the naughtiest in the school. notty je k? tak jahat tau!


Tapi skang zaman dah berubah, students are become meaner and rude to each other and to their teachers. Terkejut dgn environment tu tau. Tapi cekalkan je hati, even ada la mcm tersentap sket dgn perangai bebudak tu. Tapi kite nak expect ape kan? Kalo ada yg baik tu baikkkkkk sangat. sampai bersedia tlg cikgu baru ni. kalo dah jahat tu, depan kite dia leh tny org sebelah apa jawapan soalan no 7 even cikgu kat depan dia.


Currently tgh exams week, so sume org busy with studies. ye ke busy dgn studies? kalo kelas depan2 ye la. kalo kelas blakang2 busy jadi ntah apa apa. beza nye bila jaga budak kelas pertama dgn jaga budak kelas belakang2. Bayangkan tgh exam ni, budak kelas sebelah bleh masuk kelas i jaga tu and borak dgn kwn dia yg tgh exam pastu blah cmtu je. WAKTU I ADA DALAM KELAS ok?

Takpela, baru 1st day kan? usaha lagi! oh ya, fyi i will be teaching utk sesi petang mulai esok. harap2 murid2 tingkatan 1 dan 2 masih lagi berdisplin dan mendengar kata. Tak banyak pun sikit jadi la kan? Sebab ive been there. i pun pnah nakal. i pun pnah kena halau dari kelas. but still masih tau batas2 antara students and teachers.




Really hope for the best after this. Wish me luck ya ;)

Wednesday, July 22, 2009

Saya tak mahu jd stereotaip

hey guys. been a while gak tak post pape. bukan tanak, hari2 gak tgk blog cume tatau nak blog pasal apa. tapi arini mcm ade la satu citer nak habaq mai kat hangpa suma. hangpa tau dak yang kami ni dah lama nganggur. tapi dak la lama mana, ada la 3 bulan hiks.


Last Monday kami pegi attended la satu interview. Ala bukan dari sapa pun. Dari tempat lama kami buat practical dulu la. Tapi kali ni lain department. they offer a contract basis nye vacancy. for 6 months and renewable. tapi pelik nya, 4 org skali interview tau. haa ketaq lutut la kami ni. elok2 tau apa nak jwb teruih berterabur ayat2 kami. mmg clumsy and look stupid gila la kami waktu tu. Kami pun frust la. rasa mcm not went well kan. balik siap nanges kat mak lagik.


Oleh kerana kami dah frust, kami decided ikut kawan kami appy jd Guru Sandaran Tidak Terlatih. toksah la tanya kami pasai apa nama nya gitu. ni kire guru contract la. sbb aritu kerani skola kami dulu ada offer. memula rasa sangsi, buleh ka? tak kena tulah ka? tapi dah oleh kerana mikirkan mak yang asyik harap anak dia ni keja cpat buleh tlg abah, kami cuba la jadi cekgu ni.


So tadi kami g skola amik satu surat nih. Ala2 surat sokongan gitu. Akak kerani kata "adik pegi Pej Pendidikan Daerah (PPD) jumpa sama Si Polan ni mintak sign je. Tapi g la balik tukar baju formal sket" Lalu kami dan kawan pergi la PPD lepas dah berpakaian ala ala gomen formal. Sampai sana, pokcik receptionist kata tunggu sat. Si Polan tu ada jumpa org lain. After 1 jam menunggu baru la kami dan kwn bole masuk bilik Si Polan ni. Dalam pada kami2 ade dlm bilik dia, dia tu kua masuk bilik. ntah pegi mana. alih2 suh kami2 isi borang. dah la nak dptkan borang pun payah! pegi potostat sampai 10 minit?


Dia suh la kami2 isi borang, dia pun kua. Tunggu punya tunggu kami2 siap usik2 barang dia baru la dia mai. Dia tgk sume borang bagai satgi dgn slamba dia ckp "ok, esok dtg ptg jumpa saya". Kami punya hangat dan tensi la. rasa mcm nak kuar sume kata2 carut bagai. tp kami kan nak jadi cekgu, mana leh carut2 ni dah ;P


so sbenanye kan, apa kami wat arini? Letih gila!

Tuesday, July 14, 2009

My Sunday.

Hello everyone. Enjoy some pictures :D











No captions due to lazyness

Friday, July 10, 2009

Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku


*sad song for a sad girl ;(



Hanya Ingin Kau Tahu - Republik